SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, April 19, 2012

TERDESAK NAK MENANG PRU 13....

Tuko le rupe bentuk macam mana pun,buat le berapa saluran ke....kalau dah asyik memfitnah dan reka2 cerita apatah lagi berat sebelah sampe bila ni rtm ni tak kan ada sambutan...

Ni berape pulak RM nak di perabihkan....???Bagi aku tuko je namanya TV UMNO/BN..




Saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini boleh didapati di televisyen bergerak sebagai penyiar rasmi kerajaan dengan mensasarkan penonton dari kalangan generasi muda.

Golongan ini dipercayai adalah penonton yang mengabaikan berita pro-kerajaan dan memilih televisyen berbayar atau video dalam talian, dengan alasan wujudnya rasa tidak puas hati dengan Putrajaya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) berhabis-habisan untuk memenangi semua demografi pengundi terutamanya pengundi baru, melalui pelbagai program dan aktiviti.

Difahamkan strategi dalam talian akan menjadi teras utama bagi memastikan keputusan pilihan raya umum ke-13 akan terus memihak kepada gabungan pemerintah itu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Terdapat banyak laman web pro-kerajaan diwujudkan sejak enam bulan lalu untuk membantu pentadbiran Najib terutamanya agenda transformasi dalam kerajaan dan ekonomi.

Bagaimanapun, tiada satu pun laman web itu dikaitkan dengan kerajaan, tidak seperti RTM Mobile yang dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini.

“RTM meletakkan empat saluran televisyen dan sembilan stesen radio di RTM Mobile, ia boleh memudahkan mereka yang jarang berada di rumah mendapat maklumat,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Saluran televisyen dan stesen radio akan disiarkan melalui perkhidmatan yang menggunakan rangkaian penyampaian kandungan tempatan (CDN) atau alat yang boleh akses data bergerak di alamat laman web di sini.

“RTM Mobile boleh dilayari ribuan pengguna serentak namun ia bergantung kepada keupayaan rangkaian,” tambah sumber itu.

Menurut laman web RTM Mobile, mekanisme yang perlu ada untuk menggunakan web pelayar adalah HTML4 dan HTML5, Adobe Flash Players.

Sistem lain yang berupaya untuk akses RTM Mobile adalah mereka yang menggunakan sistem pengendalian dari Blackberry, iOS, Window Mobile, Symbian OS dan Android.

“Ingat, media transmisi memerlukan banyak penggunaan jalur lebar. Sebagai contoh, menonton saluran kami selama sejam dan ia menggunakan sekitar 88 megabytes untuk pengguna jalur lebar,” RTM Mobile nasihatkan.

“Ia amat baik sekiranya menggunakan sambungan Internet Wifi.”

RTM Mobile dicadangkan sebagai tambahan saluran televisyen yang berkeupayaan 200kbps dan radio di 96kbps.

Usaha RTM merupakan langkah besar dalam aliran elektronik untuk menyebarkan mesej kerajaan.





Sunday, April 15, 2012

MANGSA UMNO BN.....

Lihatlah kerakusan Umno..remaja2 ini di jadikan alat untuk mengeyangkan perut2 dan tembolok2 mereka.Mereka di bawa di kediaman Zambry untuk meramaikan program dan sekali gus menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno masih mendapat sokongan,umno masih diterima rakyat,orang muda bersama umno....perasan sangattttttttttt...

Sanggup menggunakan remaja2 ini dengan di beri sedikit duit poket,makan dan baju t shirt....sungguh memalukan umno ni...umno sanggup melakukan apa saja walau ada nyawa yang melayang....jijik mereka ini....dari itu awasi anak2 anda........





Remaja2 ini di beri makan nasi bungkus....makan pulak tepi2 longkang je....



Berapakah usia remaja2 ni???




Dapat baju dah cukup buat budak2 ni....


Namun nasib malang buat remaja di bawah ini...balik dari rumah zambry dia kemalangan jalanraya...................


Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi.

Related Posts with Thumbnails