SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, February 14, 2012

NAZRI SURUH SAMBUT HARI VALENTINE

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.


Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Masyarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.

Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.

Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

Sunday, February 12, 2012

HARUSSANI YAKIN KEMAMPUAN TG NIK AZIZ

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.

Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.

“Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

“Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13.

“Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia minggu lalu menyifatkan kesediaan Nik Aziz untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan beliau tidak memahami realiti bahawa sudah uzur.

Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 81 itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.

“Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.

Thursday, February 9, 2012

KALAU LE BETUL RAMALAN NI...????

Datuk Chua Jui Meng meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang.”

Tetapi Chua (gambar) membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di kawasan majoriti Cina.

“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.

Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk PAS.

“Ia jelas kepada semua bahawa undian untuk MCA bermakna undian untuk Umno. Melayu, India dan Cina semua tahu. Tetapi hanya beliau yang tidak nampak perkara ini.

“Saya pula akan bertanding di mana sahaja parti saya letak, beliau presiden jadi beliau boleh buat pilihan dan lawan dengan saya jika berani,” tambah Chua.

Dr Chua juga mengejek kegagalan Chua pada 2005 dan 2008 untuk menjadi presiden MCA menambah ia juga sebab bekas menteri kesihatan itu menyertai PKR.

Datuk Seri Ong Tee Keat menewaskan Chua untuk jawatan presiden pada pemilihan MCA selepas pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan wakil MCA di Parlimen berkurangan dari 31 kepada 15 orang.

Parti itu kemudian menyingkir Dr Chua pada Ogos 2009 kerana skandal video seks pada 2007, menyaksikan undi tidak percaya diadakan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu.

Dr Chua memegang jawatan presiden MCA pada Mac 2010 dalam pemilihan parti yang baru di mana beliau menewaskan Ong dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Walaupun meletakkan jawatan selaku presiden dan menteri kesihatan selepas penyebaran video seks yang membabitkan dirinya pada 2007, Dr Chua tetap menegaskan beliau adalah “calon boleh menang di mana sahaja saya pergi.”

Tuesday, February 7, 2012

Friday, February 3, 2012

DR M NASIHAT NAJIB ....TANGGUH PRU DULU SEBAB NANTI BN KALAH

Barisan Nasional (BN) perlu menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya lagi Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan," katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.

Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pertengahan 2009 mempunyai tempoh untuk mengadakan pilihan raya menjelang 2013.

Bagaimanapun najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan.

Thursday, February 2, 2012

KHALID SAMAD VS HASAN ALI

alt

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali adalah 'budak suruhan UMNO' dan jurucucakap tidak rasmi bagi parti tersebut.

Khalid juga mendakwa Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.

Beliau juga mendakwa Hasan tidak memahami maksud sebenar parasit dan menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu adalah parasit sebenar parti.

"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," kata Khalid.

Khalid bagaimanapun tidak menjawab dakwaan Hasan berkaitan dengan beliau adalah pengkritik tegar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Wednesday, February 1, 2012

MB KEDAH DAH BERSUARA...


Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan “mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu.”

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan (gambar) juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

“Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

“Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.

“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkanj Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.

Related Posts with Thumbnails