SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, January 27, 2012

BIARKAN DIA 'MEROYAN ' SENDIRI..........

PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.

Thursday, January 26, 2012

SUKA CARI POPULARITI KELAB NI??

Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.

“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.

“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.

Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”

“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.

“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.

Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.

“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.

“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.

Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

Wednesday, January 25, 2012

WANITA NI PERABIH DUIT NEGARA LAGI


Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.”FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?“Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh,” kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Rosmah semalam telah menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

“Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,” katanya ketika ditemui media dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

“Saya selalu menjadi mangsa,” katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen ‘Private Sydney’ akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai “first lady of shopping’ (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

ANWAR DAN NAJIB TAK POPULAR MACAM MAMAT NI??


Anwar dengan Najib tak sepopular mamat ni...dia kata populariti Najib lebih terserlah,aku rasa dia punya populariti lagi le hebat.Awat le mamat ni nak bercerita tentang glamour,diri sendiri dah terpalit lumpur dengan skandal2 seks nak bercerita tentang populariti.Sempena tahun baru cina muka mamat ni bersepah le dekat pekan2,dengan banner2 dan banting2 ucapan tahun baru...meluat beno rasanya.Ini ke yang MCA harapkan jadi pemimpin...dah kotor dan bernajis.Al maklum juga umno dan sekutunya memang jenis perangai macam ni jugak..apa nak di kata....

Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.

Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman - garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, Dr Chua (gambar) menolak dakwaan bahawa pembebasan tersebut meletakkan kedua-dua musuh politik itu setaraf, dan mustahil akan mempunyai satu kesan besar dalam keputusan pilihan raya umum akan datang.

“Dari sejak mula, ia bukanlah berada dalam kedudukan yang setaraf dan kajian-kajian telah menunjukkan Najib lebih popular berbanding dalam caranya yang tersendiri.

Monday, January 23, 2012

UMNO SIBUK DENGAN RUMAHTANGGA ORANG LAIN.....




Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas.

Menurut Khalid, tindakan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim itu merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.

Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.

“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Tambah Khalid (gambar) lagi, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

“MB Khalid ambil alih supaya meringankan beban Dr Yunus kerana tugas terhadap portfolio agama berat, lagipun tempoh untuk Plihan Raya Umum ke-13 dah semakin hampir, antara tiga hingga empat bulan sahaja lagi,” tambahnya.

Jelasnya, Islam tetap relevan dalam semua portfolio, dan portfolio belia yang dipegang Dr Yunus itu juga merupakan portfolio yang penting.

“Portfolio yang dipegang Dr Yunus itu merupakan tugas beliau sebelum ini, melalui portfolio itu PAS akan dapat lebih mendekati belia di negeri ini.

“Saya bersetuju dengan tindakan yang dibuat menteri besar, kerana saya melihat tindakan itu akan mengurangkan konflik antara menteri besar dan Sultan,” tambahnya lagi.

Khalid turut membidas kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan tindakan menteri besar itu mempunyai motif politik pembangkang.

“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan.

“Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu.

Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat.

Sunday, January 22, 2012

HASSAN ALI KATA PR BERJAYA SINGKIRKAN DIA???

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata usaha menjatuhkan dirinya bukan dibuat oleh Pas sahaja tetapi turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mempunyai agenda besar dan tersembunyi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13).

Katanya, tindakan menyingkirkan dirinya dari Pas dan seterusnya daripada pentadbiran Kerajaan Selangor adalah hasil yang ditunggu-tunggu ketiga-tiga parti ini.

Hasan, dalam satu temuramah bersama akhbar Utusan Malaysia, Ahad, berkata pakatan pembangkang mempunyai agenda yang lebih besar iaitu Putrajaya sehingga perjuangan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang selama ini diperjuangkan beliau dan Pas dianggap terlalu kecil.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin agung pakatan yang memandu pembangkang ke Putrajaya.

"Atas matlamat 'memperdanamenterikan' Anwar, gerabak yang bergerak ke Putrajaya menghalalkan segalanya.

"Yang pelik orang Pas sendiri boleh termakan dengan gula-gula Anwar hingga sanggup menggugurkan landasan perjuangan," kata Hasan.

Hasan berkata, Pas terlalu ghairah meraikan kehendak dan permintaan dua rakan kongsinya walaupun agenda menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud tidak pernah diperseujui DAP dan PKR.

"Pas atas nama setiakawan dalam pakatan terpaksa menyembunyikan hasrat untuk melaksanakan perintah Allah SWT itu," katanya.

Jelasnya, rata-rata anggota masyarakat menyatakan imej Pas sudah tercalar dan sudah hilang kredibiliti kerana menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang sehingga membelakangkan perjuangan asal parti.

"Pas dilihat sebagai 'pak turut' malah ada yang lebih sinikal mengatakan Pas tidak lebih daripada kuda tunggangan DAP.

"Pemecatan saya dan sebahagiannya digesa oleh pimpinan tertinggi PKR menggambarkan betapa hinanya Pas sehingga sanggup tunduk kepada campur tangan luar," jelasnya.

Dalam temubual itu juga Hasan mengulas tentang DAP yang dilihat lebih berkuasa walaupun Kerajaan Selangor dibentuk hasil gabungan tiga parti.

Beliau tidak menafikan kenyataan itu ada kebenarannya.

"Syor-syor DAP biasanya menjadi kenyataan sementara apa yang hendak dilakukan oleh Pas atas nama Islam dan Melayu sering mendapat tentangan sama ada secara terbuka atau tersembunyi," jelasnya.

Beliau memberi contoh isu sebidang tanah di Klang milik agensi yang pada peringkat awal ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bumiputera tetapi secara prinsipnya telah diputuskan menjadi Pusat Kebudayaan Cina.

Cadangan menubuhkan pusat tersebut mendapat tentangan beliau dan masyarakat Islam kerana tanah tersebut terlalu hampir dengan masjid.

"Wajarkah kedua-dua alasan yang dikemukakan itu dibakulsampahkan saja?," katanya.

Dalam pada itu beliau turut membuat tafsiran apabila seorang Exco Selangor daripada DAP mengharapkan Selangor akan lebih baik tanpa dirinya, DAP 'boleh berpesta sebagai tanda kegembiraan meraikan pemergian Hasan Ali'.

"Tidak ada siapa lagi yang akan mengganggu hal arak, judi, rumah urut, khalwat, zina, murtad dan sebagainya.

"Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu DAP, PKR dan sebahagian pimpinan Pas sendiri," katanya.

Mengulas tentang 'parasit' dalam Pas, kemuncaknya berlaku selepas PRU-12 apabila mereka mendapat tempat yang banyak di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Katanya, kumpulan tersebut yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang memberikan mereka jawatan strategik dalam parti sehingga mampu menghala tuju Pas mengikut selera dan kemahuan mereka.

"Parasit bertenggek di atas sangka baik golongan ulama Pas, akhirnya berjaya mengenepikan golongan ulama ini daripada saf kempimpinan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan keupayaan kalangan pimpinan Pas untuk menghalang pengaruh parasit yang mana beliau sendiri pernah cuba menyekat kemaraan mereka dan akhirnya menerima akibat tindakan tersebut.

Thursday, January 19, 2012

ADA LAGI JAWATAN ??


Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.

“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.

Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Pelantikan AJK masjid dan surau

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata Hasan Ali juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan yang memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor pula dipegang oleh Datuk Emran Kadir.

“Dalam Mais, Hasan Ali masih kekal memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah manakala Emran memegang Pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Penguatkuasaan.

Ini termasuklah mengawal dan mengambil tindakan aktiviti memurtadkan orang Islam, ajaran sesat, mengajar tanpa tauliah di masjid dan surau,” jelasnya.

Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hasan Ali bakal dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan.

Related Posts with Thumbnails