SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, October 5, 2011

CIS KAU SIS...JANGAN BERLAGAK PANDAI

Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.

Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian.

Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

“SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti. “Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan,” katanya sambil menambah, “sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?”

“Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil,” kata beliau.

Beliau menambah, di bawah enakmen Kelantan pula, seorang wanita yang mengandung atau melahirkan anak disebabkan kejadian rogol, dianggap telah melakukan zina meskipun dia merupakan mangsa dirogol.

“Ketidakupayaan menyediakan empat saksi lelaki akan berakhir dengan (andaian) telah melakukan zina sedangkan perogol pula bebas,” kata Ratna.

Sambil menegaskan seorang wanita tidak boleh menjadi saksi, kata beliau, mereka dari kepercayaan yang lain pun tidak boleh menjadi saksi.

“Sebenarnya tiga per empat penduduk Malaysia tidak layak menjadi saksi,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, enakmen-enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu melanggar prinsip hak asasi manusia dan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam.

“Ia memperuntukkan hukuman yang dilihat kejam, tidak perikemanusiaan dan mengaibkan,” katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, SIS mahu menekankan pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

“Ia melanggar prinsip-prinsip universal hak asasi manusia dan diskriminasi ke atas kaum wanita,” katanya lagi.

p/s:Apabila orang yg tak tau islam bercakap mengenai islam,ini lah jadinya,pandai mengubah2 hukum,dia tak sedar ke byk berlaku maksiat dan gejala2 sosial sekarang adalah berpunca dari manusia yg tak mahu hukum allah dilaksanakan.Inilah kenyataan SIS yg menampakkan kebodohan,kejahilan dan seterusnya hanya nak mencari publisiti murahan..sama macam pimpinan2 bn yg bercakap ikut akal je....

PENAMBAHBAIKAN LAGI PROSES DEMOKRASI

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) diseru agar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan penambahbaikan proses demokrasi dan pilihanraya dinegara ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Malaysia harus mencontohi negara-negara lain diseluruh dunia yang melakukan perubahan dalam kaedah pilihanraya mengikut keperluan perkembangan masa dan keperluan.

"(PAS) mengharapkan kesungguhan kerajaan dan keikhlasan melakukakn islah pebaikan sepenuhnya sebagaimana yang berlaku dalam negara-negara seluruh dunia,

"yang terus mengalami perubahan cara pilihanraya mengikut perkembangan masa, keperluan zaman dan masyarakat,"jelasnya ketika membahaskan usul penubuhan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihanraya.

Pada Isnin, 3 Oktober, dalam Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen, kerajaan Umno/BN mencadangkan penubuhan jawatankuasa terbabit ekoran tekanan pelbagai pihak setelah BERSIH 2.0 turun ke jalanraya 9 Julai lalu.

Menurut Ustaz Hadi yang juga anggota parlimen Marang, sistem demokrasi memberikan rakyat kuasa untuk meilih atau menghukum kerajaan, manakala Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah badan yang mengendalikan penghakiman rakyat.

Katanya SPR mestilah menguruskan pilihanraya secara saksama agar rakyat boleh menjatuhkan parti dan pemimpin yang lemah supaya mereka berupaya memulihkan diri mereka.

Beliau berkata, perubahan demokrasi mestilah selaras dengan perkembangan kerana sistem itu lahir melahir melalui tamadun manusia.

Katanya, demokrasi purba mengalami perubahan pada zaman tamadun Islam dan tamadun Barat.

"bermula dengan demokrasi pada '18th the great' sebelum masehi, kemudian demokrasi (purba) mengalami (perubahan dalam) tamadun Islam dan tamadun Barat,

"tamadun Islam telah berjaya mengujudkan satu sistem yang memberi hak kepada rakyat, selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, umat Islam telah mengemukakan tiga calon, Abu Bakar, Ali dan Sa'ad Ibn Ubadah,"jelasnya.

Kegemilangan 'demokrasi' tamadun Islam telah dibukukan oleh para ulamak dalam karya-karya mereka seperti buku feqah politik Islam, Muqaddimah Ibn Khaldun, al-Ahkam al-Sultaniyah dan Siyasah Islamiyah.

Beliau mendakwa, tamadun Barat mengenali demokrasi moden melalui kajian 'orientalis' yang mendapat pengetahuan melalui pembacaan mereka daripada buku-buku Islam

Justeru, beliau menegaskan, penambahbaikan pilihanraya mestilah mestilah melibatkan semua perkara termasuk daftar pemilih, undi pos, undi berulang kali dan penentuan tarikh pilihanraya

Tuesday, October 4, 2011

2 JUTA LEBIH DIGUNA UNTUK BERSIH 2.0

Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) membelanjakan sekurang-kurangnya RM 2,018,850.06 bagi menangani perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa PDRM telah menggerakkan 11,046 anggota dan pegawai untuk penugasan keselamatan pada hari perhimpunan tersebut.

"Termasuk 2,600 orang yang dikerah untuk siap sedia di kontijen-kontijen seluruh negara dan akan dipanggil jika keadaan memerlukan,"

Hishamuddin berkata demikian bagi dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, Parlimen semalam bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, berhubung bilangan anggota polis yang dikerah, elaun yang dibayar dan perbelanjaan operasi menghentikan BERSIH.

Himpuanan BERSIH 2.0 adalah gabungan beberapa NGO yang mewakili suara rakyat Malaysia bagi menuntut reformasi pilihan raya yang bersih dan adil.

Penganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0 menyenaraikan lapan tuntutan seperti berikut :

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan kos yang menelan belanja RM 2 Juta itu termasukalah perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan , makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain.

GURU DI "BRAINWASH" MENJELANG PRU 13

UMNO sangat terdesak bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lalu menghalalkan "politik kotor" dan "penyalahgunaan kuasa". Terbaru mereka telah mem"basuh pemikiran" warga pendidik khasnya para Pengetua sekolah agar berkempen dan bekerja bagi pihak UMNO demi memastikan semua warga pendidik menyokong atau mengundi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Malah mereka dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

Kebanyakan guru melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini, terutama apabila mereka ditipu hidup - hidup oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewajibkan mereka menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai [ Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon Timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia ] yang dianjurkan pada 28 September 2011 di Dewan Ballroom Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur.

Tentatif program yang diedarkan kepada peserta [warga pendidik] menampilkan 2 penceramah yang terdiri daripada :

- Ybhg Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba selaku Profesor pendidikan Universiti Islam Antarabngsa Malaysia [UIAM] dengan tajuk : Memahami Transformasi Pendidikan Malaysia. sementara penceramah kedua ialah

- Yb. Dr. Hj. Mohd Fuad bin Hj. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 11 sebagai Ucapan Naqib Utama .

Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi Seminar UMNO untuk membelasah PAS, PKR dan DAP disamping menggesakan agar para guru memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang dan semua guru diminta mengenal pasti guru - guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong UMNO. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi UMNO menghadapi Pilihanraya Umum.

Seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat disamping buku dan vcd turut disertakan dalam file bercetak Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan kementerian tersebut apabila bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan UMNO yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik.

Lebih dikesali apabila seminar ini kononnya untuk memantapkan warga pendidik, pula menggunakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai percubaan nekad memperbaiki reputasi UMNO di mata warga pendidik. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap ini sebagai satu penyalahgunaan kuasa bahkan ia sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

Lebih hina apabila kedua - dua penceramah yang terdiri dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sendiri hanya menumpukan kepada usaha memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat. Apakah UMNO telah kehabisan ruang media mereka untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat ?

Apakah UMNO kini sangat terancam apabila menyedari rata - rata warga cerdik seperti para pendidik tidak lagi menyokong mereka ? atau UMNO telah hilang kewarasan dan tahap profesional mereka sehingga secara langsung mengheret dan memerangkap warga pendidik dengan seminar pemantapan warga pendidik, sebalik digunakan sebagai Bengkel Pemerkasaan UMNO ?
Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang menjerut leher sendiri apabila mereka nekad membohongi para pendidik tanahair, pula ditabur dengan pelbagai janji manis disulam fitnah yang dihambur kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera menghentikan tindakan tidak bijak tersebut yang hanya dilihat menjatuhkan reputasi UMNO itu sendiri. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia juga dikehendaki segera memohon maaf kepada semua rakyat dan warga pendidik kerana menyalahgunakan wang rakyat dan mengkhianati profesionalisme. [ kami mendapat maklumat bahawa siri berikut seminar ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan pahang pada 6 Oktober 2011 akan datang.

"SAKSI MISTERI " AKAN MUNCUL HARI INI

Kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal di kejutkan dengan kehadiran seorang "saksi misteri" yang akan dikemukan esok oleh pihak peguambela kes tersebut.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

"Esok kita akan bawa saksi baru beri keterangan. Tapi kita tidak mahu beritahu nama untuk elakkan tekanan kepada dia oleh pihak tertentu," katanya.

Menurut beliau, ini untuk mengelakkan mana-mana pihak yang cuba memberi tekanan terhadap saksi tersebut sebelum dia memberi keterangan.
Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 6 Oktober bagi mengumumkan keputusan permohonan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina.

Pengumuman itu dibuat selepas mendengar permohonan daripada peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik dan peguambela Karpal Singh sebentar tadi.

Berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim bersabit kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hisyam menyifatkan saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan Perdana Menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

"Persoalan samada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.

Seterusnya Karpal dalam hujahnya menyatakan bahawa tujuan peguambela memanggil Najib dan isteri sebagai saksi adalah untuk mengesahkan kredibiliti pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Ini bagi mengesahkan Saiful sebagai saksi yang benar memandangkan beliau dalam afidavitnya sebelum ini menyatakan telah bertemu pasangan itu di kediaman Taman Duta selama satu jam pada 24 Julai 2008, iaitu dua hari sebelum beliau didakwa diliwat Anwar.

Malah menurut Karpal keterangan Najib adalah penting bagi menentukan keadaan mental Saiful.

"Jelas Najib dan Rosmah mempunyai keyakinan penuh mengetahui akan maklumat itu," kata Karpal.

Beliau menambah pihak yang telah diserahkan sepina oleh mahkamah tidak boleh mengenepikan perintah itu sewenang-wenangnya.

"Amalan mahkamah boleh mengenakan sepina terhadap siapa sahaja walaupun Menteri.

"Permohonan Anwar adalah bona fide dan bukan salahguna proses oleh mahkamah untuk menindas Perdana Menteri," tambah beliau lagi.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

Ini kerana menurut beliau bagi mengelakkan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan tekanan terhadap saksi tersebut sebelum memberi keterangan.

Sunday, October 2, 2011

LAKSANA HUDUD JIKA PAKATAN DAPAT PUTRAJAYA



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya

MANA HUDUD UMNO???


Dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN), PAS telah dijadikan 'kuda tunggangan' kepada DAP dalam kerjasamanya bersama Pakatan Rakyat termasuk mengenai isu hudud adalah tidak benar.

Senator Mumtaz Md Nawi berkata PAS tidak pernah mengalah kepada DAP terutama dalam isu hudud dan negara Islam tidak benar dan tidak pernah menarik balik hasrat dan cita-cita mahu melaksanakan hukum tersebut.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat mendakwa Umno sendiri tidak pernah mengemukakan alternatif hudud sebagai seorang Islam yang wajib menerima hukum tersebut.

“Umno mengatakan PAS telah mengalah kepada DAP, itu tidak betul. Sebab PAS tidak pernah menarik balik hasrat untuk membuat hudud dan hari ini apakah alternatifnya yang Umno telah kemukakan hudud bagi pihak mereka kerana mereka orang Islam.

“Apakah Enakmen Hudud atau Kanun Jenayah Syariah yang telah pun mereka (Umno) bentang dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lain.

“Jika hari ini mereka (Umno) tidak boleh terima hudud yang digubal oleh PAS tapi dimana yang mereka (Umno),” soalnya.

Beliau berkata demikian pada Program Pantau Pilihan Raya Ke-13, Dewan Muslimat PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, pada Khamis 29 September.

Menurutnya, rakyat biasa tidak memahami apa juga undang-undang termasuk hudud tetapi para peguam dan hakim yang akan mentafsirkan.

Katanya, dalam isu hudud yang hangat diperdebatkan hingga menjadi polemik politik telah membuka ruang perbincangan.

Menurutnya, PAS telah membuka ruang bersoal-jawab dalam isu ini kerana Islam itu sendiri bersifat pendidikan.

“Sebagai seorang peguam dalam kes hudud ini, sebenarnya dalam bab undang-undang ini bukan hanya hudud, apa-apa sahaja undang-undang sebagai rakyat biasa mereka tidak faham, yang tahu undang-undang adalah peguam, hakim dan mereka akan mentafsirkan undang-undang dari sudut undang-undang.

“Bagaimana PAS telah membuka ruang untuk bersoal-jawab. Islam itu pendidikannya bersoal-jawab (hujah),” jelasnya.
Related Posts with Thumbnails