SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, August 28, 2010

BUBAR BN! GANTIKAN DENGAN PAKATAN RAKYAT


http://buletinonline.net/images/stories/berita32/bubarBN.gifParti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Tekanan yang diberikan ini sama seperti usaha yang dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah yang ketika zaman kejatuhan mereka kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan;

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,”

Pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno berikutan masyarakat Melayu disana bersatu dibawah parti PBB.

Kewujudan parti PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti Melayu. Keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru untuk membina kubu terakhirnya.

PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagaidestinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas.

Di Semenanjung Malaysia, telah banyak kubu-kubu BN yang ditawan Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan tipis mereka.

Pas yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen BN pada pilihanraya umum yang lalu.

PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi "Maharaja dalam BN". Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, August 24, 2010

HUKUM HUDUD:DAP PERLU FAHAMI DASAR PERJUANGAN PAS.


http://buletinonline.net/images/stories/berita31/TUAN+IBRAHIM+TUAN+MAN+_+web.jpgDAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

PAS juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam, bukannya masyarakat bukan Islam.

“DAP tolak hukum hudud mungkin kerana salah faham kerana tidak memahami secara jelas mengenai pelaksanaannya.

“Sebenarnya hukum hudud ini sudah menjadi kewajiban untuk dilaksanakan dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam.

“Kita harap DAP memahami dasar perjuangan PAS kerana kita selama ini tidak pernah menyentuh dasar DAP ataupun dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ada perkara yang kita boleh terima dan kita harap DAP juga begitu dan saya percaya DAP tolak hukum hudud dalam konteks pelaksanaan dalam negara,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, DAP perlu diberikan penerangan mengenai hukum hudud secara jelas supaya mereka memahami maksud sebenar pelaksanaan hukum hudud itu.

“Hukum hudud hanya untuk orang Islam, jadi kalau kita laksanakannya orang bukan Islam tidak akan kena apa-apa tindakan.

“Jadi orang bukan Islam tidak perlu risau mengenainya, jadi saya harap isu ini tidak dijadikan polemik oleh media,” katanya lagi.

Thursday, August 19, 2010

PEMUDA PAS DAN SAIFUDDIN BERTEMU 23 OGOS INI.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat bagi membincangkan idea penglibatan mahasiswa dalam politik, Isnin ini.

“Ya, saya akan menemui Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Nasrudin Hassan Al-Tantawi) pada Isnin di Kuala Lumpur.

“Ini kerana beliau (Nasrudin) mahu berbincang dan menyerahkan memorandum mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik,” katanya kepada The Malaysian Insider menerusi khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Bagaimanapun Saifuddin berkata, masa dan lokasi pertemuan masih belum ditentukan lagi.

“Tempatnya akan diberitahu kemudian, yang pasti ia akan diadakan di Kuala Lumpur pukul 11 pagi,” katanya.

Pagi semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya akan tetap cuba bertemu dengan Saifuddin pada 23 Ogos bagi menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh bagaimanapun menjelaskan beliau tidak melanggar keputusan Kabinet yang sebelum ini menolak idea membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif.

“Saya tidak melanggar keputusan Kabinet, saya bertemu Nasrudin atas jawatan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno,” katanya.

Sebelum ini Saifuddin berkata bersedia mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak — sama ada pertubuhan politik atau bukan politik bagi membincangkan idea membolehkan penglibatan mahasiswa dalam politik tetapi bukan dalam tempoh terdekat.

Beliau sebelum ini berkata akan idea itu ke perhatian Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat 27 Ogos ini.

Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.

JOM BELI DINAR DAN DIRHAM


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/dinaremasperakkel.gifHari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan Rabu.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn hari ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

Wednesday, August 18, 2010

AMARAN BUAT MCA......


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: “Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar).

Amaran itu dibuat ekoran resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

Malah, katanya tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi tersebut diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian 2/3 kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Manakala Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

Berdasarkan dasar tersebut, beliau berkata Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, beliau memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN sehingga ia telah menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.

UMNO DENGKI ......

KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.

“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.

Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.

Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.

Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.

Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.

Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Tuesday, August 17, 2010

MUHYIDDIN BERI AMARAN KEPADA MCA!!!!!

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.

“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.

“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.

“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.

“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.

Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.

“Jika anda menyentuh dasar kerajaan, MCA perlu faham bahawa hak keistimewaan, pengagihan kekayaan adalah tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan dasar-dasar sedemikian,” kata Muhyiddin.

“Apa sahaja yang mereka hendak berjuang, mereka perlu mempertimbangkan kepentingan BN. Saya tidak fikir MCA akan mengetepikan kepentingan kerjasama dalam BN,” kata Timbalan Presiden Umno ini.

Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan di sini, dua pemimpin kanan MCA membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam BN.

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.

Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.

“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.

“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.

Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.

“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.

Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.

Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.

“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan,” katanya lagi.

Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.

“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya.

Related Posts with Thumbnails