Orang Tapah sudi ke terima mamat ni lagi??Kalau deme bekenan beno kat dia ni tak tau le...Punye ramai calun2 melayu BN kat Parlimen Tapah,tak kan nak letak bukan orang tempatan lagi.Umno Tapah pun suke ke???
Umno Tapah masih menerima mamat ni lagi untuk jadi wakil rakyat...kalau korang ngundi mamat ni lagi tak tau le aku... Tak nampak apa2 pembaharuan sejak dia mewakili Tapah ni...yg nampak 'sponsor' papan tanda teksi Tapah dengan gerai di sebelah stesen bas....apa2 pun nanti aku try ambik gambonye....
 M Saravanan  












 Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan menafikan dakwaan bahawa beliau bakal melepaskan Parlimen Tapah dan bertanding di kawasan Parlimen lain pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, sehingga ke hari ini dirinya masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen Tapah dan mungkin akan terus kekal di kawasan berkenaan selepas PRU13.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan berhubung perkara berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan yang telah ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, khususnya dalam menentukan kawasan untuk dirinya.

“Setakat ini tiada sebarang keputusan  mengenai perkara itu dan saya masih lagi di Parlimen Tapah.

“Bagaimanapun, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan parti. Walau di mana mereka mahu saya bertanding, itu terpulanglah kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, katanya, MIC Perak kini dalam proses  mendekati serta mengenal pasti golongan pengundi dalam kalangan masyarakat India yang bukan ahli MIC.