SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, January 30, 2012

NAJIB UGUT RAKYAT



PAS menyelar tindakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang dakwa parti tersebut telah menyalahi undang undang dengan mengugut rakyat agar mempertahankan Putrajaya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan Najib telah membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah, walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Malah beliau turut menjelaskan tindakan dan gaya kenyataan Najib itu bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua.

Dalam laporan media,Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Kenyataan Najib jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah menurut Tuan Ibrahim.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," katanya.

Related Posts with Thumbnails